Yana tolak bersalaman dengan Seok Gin Runningman, beritahu hanya boleh salam sesama wanita


Tindakan pelakon Yana Samsudin menolak peluang bersalaman dengan Jee Seok Jin yang merupakan salah seorang ahi kumpulan Runningman telah mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi Instagramnya, pelakon cantik itu telah berkongsi video yang merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Di dalam video tersebut, Yana berada di luar sebuah bilik kelihatan begitu teruja melihat kehadiran Seok Jin yang berada di dalam bilik tersebut.

Setelah melangkah masuk ke dalam bilik itu, Yana telah diperkenalkan kepada Seok Jin yang kemudiannya segera menghulurkan tangan untuk berjabat mesra.

Yana bagaimanapun tidak menyambut salam Seok Jin, sebaliknya hanya membongkokkan badannya sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada mulutnya sebagai tanda hormat. Kedengaran Yana menyebut ‘only girls’ di dalam video itu.



Video yang kini telah meraih lebih 12,000 likes itu telah mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata mereka memuji tindakan Yana menjaga batas sebagai seorang muslimah dan bersikap profesional ketika menolak pelawaan berjabat tangan dengan selebriti Korea Selatan itu.

Video Hiburan :


Sumber : Yana Samsudin
Back To Top