[VIDEO]”Ya Ampun..Tergelak Sorang-Sorang Macam Orang Giler Nak Oiii…”-Lawak! Gelagat Dayyan Menyorok Dalam Bakul Bikin Netizen Terhibur!


Penyanyi yang terkenal dengan suara yang nyaring dan biasa membawa lagu-lagu yang high note, Black Hanifah merupakan ayah yang penyayang dang sempoi. Apa tidaknya, dalam laman media sosial Instagram, dia sangat rajin memuatnaik video ragam-ragam Dayyan bersama dengannya sama ada ketika berada dalam rumah mahu pun di tempat awam.

Malah, tahap kelakar Dayyan juga sudah boleh di samakan dengan maharaja lawak seperti pelawak-pelawak yang lain. Bak kata orang, Dayyan ni ikut Black. Mana tumpahnya kalau tidak ke nasi.



Melalui perkongisan di laman Instagram, Black ada memuatnaik satu video mengenai anak kesayangannya, Dayyan yang bersembunyi di dalam bakul. Lucunya Black terkejut, tiba-tiba Dayyan melompat-lompat di hadapannya.

Lebih menggelikan hati apabila si cilik Dayyan ini menyuruh Black untuk merakam dirinya buat kali yang kedua. Sampai ketawa Black melihat telatah lucu anaknya itu. Hanya dia sahaja yang faham apa yang disampaikan oleh Dayyan.

Malah, video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen daripada Black,

“Turun bawah cari dayyan,die boleh menyorok dalam bakul da..Adeih la…Perangai sapo ni jang!!di panggil nye kite botak pulak tu!? 🤣 #nivalel#nimemangviral #nyawablack “.


Lawak, Dayyan menyorok dalam bakul sampai Black terkejut…

Ya ampun, tergelak sorang-sorang macam orang giler…



Sumber : IG Black Hanifah
Back To Top