KUALA LUMPUR: 'Syurga di telapak kaki ibu.' Itu ungkapan adik Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, Ida Lokman apabila media dimaklumkan jenazah dikebumikan diasamping kubur kedua ibu bapa mereka.
Ida dalam nada sebak berkata, Mahadzir merupakan anak yang paling mengambil berat dan menjaga ibu mereka, Allahyarham Datin Nina Khadijah Abdul Rahman sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jelasnya, keluarga memperkenan permintaan terakhir Allahyarham Mahadzir untuk dikebumikan bersebelahan ibunya.
"Sebelum ibu kami meninggal dunia, dialah yang banyak menjaganya dengan baik sekali. Kalau boleh, dia juga mahu membawa ibu sekali ke semua tempat (majlis) yang dihadirinya.
"Orang kata syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Dia sudahpun menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik sekali dan saya rasa semua orang tahu.

