Bercakap tentang menjadi licik. Makcik ini pasti menguasai seni mengalihkan perhatian untuk mencuri wang. Dalam video Facebook yang disiarkan pada 29 Jun, seorang makcik dirakam dengan cepat memasukkan wang baki yang diterima ke dalam poketnya dan mendakwa bahawa dia tidak menerima baki yang cukup di gerai sayur-sayuran di Pasir Ris, Singapura.
Rakaman CCTV menunjukkan dia membayar untuk beberapa sayuran yang dibelinya. Bagaimanapun, apabila pemilik gerai tersebut memberikan kembali baki wangnya, wanita itu dilihat memasukkan sekeping wang kertas ke dalam poketnya sambil mengalih perhatian pemilik gerai tersebut.
Dia kemudiannya dengan licik menunjukkan wang di tangannya kepada pemilik gerai tersebut bahawa dia menerima baki wang yang “salah”.
Dengan hairan kerana baki wang tidak mencukupi, lelaki itu mengira wang tunai yang berada di tangan makcik itu dan kemudian dia memberi sekeping wang kertas yang dikatakan tidak cukup itu.
Video asal, yang telah dipadam, telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Fu Yuet Ho. Ia menjadi tular sejak dimuat naik dan mengumpul lebih 150,000 tontonan dan 4,000 kongsian.
Tonton gerak-geri makcik tersebut dalam video di bawah:
Perhatikan pergerakannya yang licik pada 00:47.
Ramai netizen menyatakan rasa tidak puas hati mereka tentang tindakan makcik itu, mengatakan bahawa perbuatannya sama seperti mencuri. Sementara ada yang mengatakan bahawa tindakannya itu harus dilaporkan kepada pihak polis.
Sumber: Fu Yuet Ho/Facebook
SUMBER : ERA BARU

