Jika anda sudah wujud di dunia ini pada tahun 1991 pasti anda masih ingat dengan rancangan televisyen yang bersiaran di RTM iaitu Kuiz More Jutaria.
Di dalam pertandingan kuiz itu, pemenang ditawarkan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.
Ahmad Samerin Dzulkifli ketika itu menang kuiz yang dianjurkan oleh RTM pada usianya 23 tahun.
Pada asalnya dia dihadiahkan kereta Ferrari model 328 GTS tetapi menolak hadiah itu kerana tidak tahu memandu dan dia mahu ditukarkan kepada wang RM1 juta.
Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991, Setelah 26 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya
Dimanakah Ahmad Samerin Dzulkifli Sekarang?
“Sekarang ini orang pun dah tak tahu(lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 49.
Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 26 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.
Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

