Seorang ibu kepada dua orang anak lelaki mengalami keruntuhan rumahtangga dan dalam keadaan terdesak telah berjaya membina rumah dengan tulang empat keratnya bersama kos berjumlah RM45,000.
Charlotte Sapwell yang berasal dari Victoria, Australia tidak mahu berhutang dengan wang pinjaman rumah yang banyak, jadi beliau berfikir untuk membina rumah sendiri bagi diri dan dua orang anak lelakinya.
Kredit : Charlotte Sapwell
Rumah itu dibina dengan rekaan sendiri yang menempatkan ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur Charlotte, sebuah bilik mandi, tandas dan bilik tidur anak-anak lelakinya.
Charlotte memberitahu Yahoo7, “Ia bukan sesuatu yang saya fikirkan pada mulanya. Oleh kerana saya mempunyai masalah kewangan, saya telah berbincang dengan datuk dan beliau telah mencadangkan supaya saya membina sebuah rumah kecil.”
Kredit : Charlotte Sapwell
Katanya lagi, “Saya sudah kehabisan idea dan tiada pilihan lain. Sebagai seorang ibu, saya perlu melakukan apa yang terdaya dengan kuasa dan tenaga yang saya ada untuk melindungi anak-anak saya, walaupun ia memakan masa dan kerja keras.”
Kredit : Charlotte Sapwell
Dengan memakan masa selama 5 bulan dan hanya membelanjakan RM45,000 , Charlotte dan dua orang anak lelakinya kini dapat tinggal dengan selesa di dalam kediaman comel idaman mereka.
Mujur datuk Charlotte membenarkan mereka membina rumah kecil di belakang rumahnya yang pada asalnya menempatkan sebuah ruang pejabat. Ruang pejabat itulah yang telah diubahsuai menjadi sebuah rumah yang selesa oleh Charlotte.
Kredit : Charlotte Sapwell
Walaupun rumah tersebut nampak cantik, selesa lagi mengagumkan pada masa kini, Charlotte berasa bangga dan berbaloi kerana telah berusaha keras membina rumah sendiri.
Charlotte dan anak-anaknya sentiasa berasa teruja untuk menyiapkan rumah tersebut apabila melakukan semua kerja pembinaan secara sendiri dari memasang pili air sehingga membina tandas dan pembentung. Semuanya mereka lakukan dengan kerja keras dan dedikasi.
Kredit : Charlotte Sapwell
Amat mengagumkan, Charlotte dan keluarganya telah berjaya membina sebuah rumah dengan usaha dan kudrat sendiri. Katanya, “Saya bertuah kerana keluarga ini telah bekerjasama dengan gigih untuk menyiapkan sendiri rumah ini, memandangkan kami mempunyai modal yang terhad.”
Kredit : Charlotte Sapwell
Charlotte sentiasa dibantu dua anak lelakinya yang berumur enam dan dua tahun.
Setelah rumah itu siap, dengan modal yang berbaki, Charlotte telah membeli alatan rumah dan perabot yang murah di IKEA dan Gumtree serta mendapatkan barangan terpakai dari jualan garaj.
Kredit : Charlotte Sapwell
Ujar Charlotte, “Dengan jumlah wang yang sedikit, ia memberi ruang kepada banyak kemungkinan, dan anda akan menghargai segala yang berada disekeliling. Saya telah mempelajari dan menyedari keupayaan dan kebolehan diri sendiri berada ditahap mana. Jadi, saya ingin memberitahu, sesiapa sahaja boleh melakukannya.”
Kredit : Charlotte Sapwell
Charlotte berkata lagi,”Saya tidak pernah terfikir akan berjaya membina rumah dengan usaha dan tangan sendiri. Kini saya mencintai kerja keras dan usaha ini.”
Kredit : Charlotte Sapwell
Tahniah kepada ibu tunggal yang hebat ini kerana telah berjaya membina rumah sendiri yang comel dan dapat memberi perlindungan kepada dua orang anak lelakinya.
Sumber: era baru

