Selalunya bila kita sebut nama MAT MOTOR atau MAT REMPIT mesti kita akan bayangkan bising, membuat kacau dan bermacam macam perkara negatif tetapi tidak semua yang bersifat demikian. Walaupun bukan dengan motorsikal sekalipun manusia boleh bertindak demikian.
Untuk mendengar kisah kisah murni tentang mat motor memang amat lah jarang sekali tetapi kejadian yang akan diceritakan ini mampu mengubah persepsi anda terhadap mereka. Seperti yang kami katakan tidak semua MAT MOTOR atau MAT REMPIT yang berperangai tidak elok.
Hari ini, terdapat satu kejadian yang agak mencemaskan apabila sebuah kereta jenis SUV Honda kelihatan membawa kereta terhuyung hayang di atas Lebuhraya Kuala Lumpur. Seorang Mat Motor menjerit meminta dia berhenti tetapi tidak diendahkan. Pemanduan kereta itu hampir melanggar seorang lagi pembawa motorsikal, kereta tersebut beberapa kali melanggar tebing (divider) di lebuhraya. Mat Motor bernama Mohd Faizal memuatnaik 2 video tentang kejadian itu. Dia dikritik kenapa tidak menghubungi pihak polis tetapi hanya merakam.
Akhirnya Mohd Faizal menceritakan apa sebenar yang terjadi.
PEMANDU KERETA MUNKIN DALAM KECEMASAN
Federal highway…dia x mabuk..mungkin dia dlm keadaan sakit, atau kehabisan ubat.
Ok semua..harap bertenang dan jgn ribut2..aku nak cepat tdi, kejar masa so X sempat nak update..skng ni aku tgh free skit baru bleh crite..
KISAH BERMULA DI BUKIT KIARA
Kisahnya aku follow keta ni drpd pusat sains Bukit Kiara menuju ke federal highway tu lagi sebenarnya..aku nampak keta tu berhenti di tgh2 jalan lorong 3 lane..
Bimbang dia kena langgar dari belakang, aku berhentikan moto aku belakang keta dia..kemudian baru je aku tongkat moto nak pi tgk dia, tup2 dia tekan minyak, teruih jalan keta terhuyung hayang sampai ke plaza tol kerinci link..tu pun dia tak berhenti gak teruih langgar palang tol lorong smart tag.
Lepas dia langgar palang tol tu..dia berhenti sekejap..dan masa aku baru sampai kat keta dia, baru je nak tanya dia apahal bawak keta mcm ular kena pukul, dia teruih tekan minyak la..keta teruih jalan.(hahahaha jilake rasa mcm kena main)..
Masa ni la aku kuarkan fon utk rakam pergerakan keta dia..sebab aku bimbang berlaku sesuatu yg buruk dan tak dijangka, maka aku ada sesuatu bukti yg mungkin boleh digunapakai kelak.
Ada yg komen kenapa aku x call polis terus je?
Oleh kerana aku sgt yakin yg polis malaysia ni bukanlah spt superman atau the flash yg ada kuasa super power boleh muncul dgn secara, maka aku tak call polis..lagipun benda tgh bergerak kot..kena polis tu nnt tanya kat mana tmpt kejadian? Tak masak plak aku nak jawab.?
So, aku amik keputusan utk terus rakam hingga dia masuk ke jalan federal highway menuju ke Shah alam..habis aku sekat semua kenderaan supaya jgn hampir dgn kereta pakcik ni..bahaya
Masa ni aku mmg betul2 cemas..sbb kereta banyak , pakcik ni pun nyaris2 nak sodok penunggang moto kat depan dia.
ADA BANTUAN TIBA
Masuk federal highway baru la ada sorg lagi penunggang motosikal yg sama2 dgn aku tlg kawal lalu lintas sampai la kereta pakcik ni berhenti.
Alhamdulillah..lepas je keta pakcik ni berhenti, tak sampai 5 minit pun, Aku tgk polis2 trafik yg naik Moto, naik patrol car semua dh sampai kat belakang keta pakcik ni (time ni video dh cut off)
Masa aku dgn polis trafik tu check pakcik tu nyaris2 kami tak dilanggar sbb pakcik tu masih nak tekan minyak keta dia..mujur aku sempat tarik kunci keta dia..
Lepas tu kes pakcik ni aku serahkan pada polis2 trafik yg dh makin ramai dtg kat tmpt kejadian ni…aku nmpk polis trafik tu sendiri yg tolong pandukan keta pakcik ni ke tepi jalan, tak lama lepas tu dorg teruih bawak pegi ke balai PJ (rasanya) sebab sebelum keta pakcik tu berhenti, ada sedikit pelanggaran dgn sebuah Hilux..(xdak dlm video)
Video
Akhir kata dari kami, tahniah tuan Faizal kerana tindakan tuan dapat menyelamatkan ramai pengguna jalan raya. Semoga uncle itu dapat rawatan yang sepatutnya dan sihat kembali. Berhati hati di jalan raya.
SUMBER : KUALA LUMPUR VIRAL

