Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut keadaan separuh bogel.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.
Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie.
Sumber:poksang via keramatviral

