Seorang pemuda telah menemui peti besi moyang bapa saudaranya di rumah pusaka peninggalan keluarga. Beliau menceritakan secara kronologi bagaimana peti besi itu dijumpai dan usahanya untuk mengeluarkan peti besi tersebut sehingga berjaya membuka dan mengeluarkan isi simpanan yang berada di dalam peti besi tersebut.
YOU MAY LIKEMgid
Hidup miskin? Mulai ambil keuntungan sekarang dengan sistem ini
Mulai hasilkan uang online nyata
Bekerja dari rumah dan dapatkan uang dengan program ini
Dan anda juga akan berasa terpegun dengan tuah yang bakal diterima oleh pemuda ini dan keluarganya selepas habis membaca kisahnya disini.
Kisahnya bermula dengan 12 kronologi bergambar seperti berikut:
Kredit : thechive.com
Ini adalah tempat terletaknya peti besi apabila kami menjumpainya. Di bawah tangga ini terletaknya peti besi kepunyaan moyang saudara Ray di tingkat bawah tanah.
Rumah ladang ini telah dimilki keluarga kami selama beberapa generasi dan akan dirobohkan. Tiada siapa yang pasti sudah berapa lama peti besi ini berada di bawah sana dan siapa pembeli sebenarnya. Dan saya telah kesuntukan masa untuk mengalihnya keluar.
Saya bercadang untuk melakukan sedikit penyelidikan di masa akan datang. Ini adalah gambar pada kali pertama kami mencuba mengalihkan peti besi itu.
Saya dan rakan berasa dengan kudrat kami berdua sudah cukup untuk mengangkat peti besi tersebut. Malangnya ia bukan tugas yang mudah kerana ia terlalu berat untuk diangkat kami. Dan kami biarkan ia berada di situ seketika.
Kredit : thechive.com
Beberapa minggu kemudian, saya kembali bersama bapa dengan membawa peralatan dan jentera berat. Kami membuat landasan penahan yang diskru dan tali pemutar yang diikat pada jentera untuk mengangkat dan membolehkan peti besi itu bergerak keluar melaluinya.
Kredit : thechive.com
Kami tahu yang kudrat manusia tidak berupaya menarik peti besi itu naik melalui tangga. Jadi kami mengikatnya dengan rantai penarik yang diikat pada jentolak kecil yang boleh menarik peti besi itu.
Kredit : thechive.com
Kami mencuba pelbagai cara untuk menarik peti besi itu naik ke atas dan kebanyakannya tidak berjaya. Ini adalah percubaan kami yang ketiga dan keempat dengan rakan saya beberapa minggu yang lalu.
Dengan tali pedati yang diikat pada peti besi, mulanya percubaan itu gagal dan hampir menghentam dinding apabila saya memberi isyarat pada tarikan jentolak oleh bapa saya. Namun akhirnya, peti besi ini berjaya digerakkan naik ke atas dan dialihkan.
Kredit : thechive.com
Kami merasakan yang berat peti besi itu hampir seberat 450 kilogram dan semestinya bukan tugas hanya dua orang lelaki untuk mengalihnya.
Datuk saya mengingati peti besi ini telah berada di rumah ladang ini sewaktu dia masih kecil lagi.
Seingatnya, bapa saudaranya Ray telah memindahkan peti besi itu dari rumah ladang yang asal beberapa kilometer dari sini. Bagaimana ia dibawa turun ke bilik bawah tanah itu, saya tidak tahu.
Tapi katanya, peti besi itu telah dibeli oleh bapa Ray, keluarga asal keturunan Jacob. Datuk saya seorang yang kuat ingatan, jadi saya langsung tidak meragui kata-katannya.
Kredit : thechive.com
Kami telah membawa peti besi ini ke garaj rumah dengan mudah selepas itu. Saya membersihkan peti besi itu dan melihat kekunci nombor di hadapannya.
Saya bertanyakan pada datuk tentang kombinasi untuk membukanya. Datuk keluar dari rumah dan memberikan saya sekeping kertas. Ia adalah salinan asal dari pengilang yang membuat kombinasi nombor peti besi itu. Tiba masanya peti besi ini dibuka.
Kredit : thechive.com
Rekaan peti besi ini tidak sama dengan peti besi kini. Ia mempunyai empat peringkat untuk membukanya. Mula-mula nombor dipusing dengan pusingan jam. Kemudian dipusing dengan 3 kali dail dengan lawan pusingan jam kepada nombor kedua. Dan seterusnya 2 kali pusingan lawan jam ke nombor ketiga dan akhirnya 1 pusingan lawan jam ke nombor yang terakhir mengikut langkah yang dinyatakan oleh pengilang.
Jika datuk saya tidak memberikan arahan dari salinan itu, saya sendiri tidak akan tahu bagaimana membukanya walaupun diberikan nombor kombinasi.
Kredit : thechive.com
Ray seorang yang sangat beringat dan mengumpul harta yang dirasakan mempunyai nilai dan semua perkara berkaitan wang serta merupakan ahli keluarga yang sedikit berkira dan kedekut.
Jadi, saya tidak tahu apa yang telah disimpannya di dalam peti besi itu apabila telah berjaya membukanya. Saya berasa lega kerana kuncinya masih berada di dalam peti besi itu. Apabila saya membukanya dan melihat satu lagi pintu, saya fikirkan itulah pengakhirannya.
Kredit : thechive.com
Ada banyak dokumen dan satu ruang simpanan barang kemas dan ada satu lagi kunci!
Kredit : thechive.com
Dan tiada apa-apa di dalam ruang simpanan barang kemas itu.
Kredit : thechive.com
Tiba masanya saya meneliti satu persatu dokumen itu. Kebanyakannya berkaitan dengan informasi peribadinya seperti polisi insurans dan amanah serta wasiat yang telah luput tarikhnya.
Dengan menjadi petani di tengah-tengah kampung di Illinois rasanya tidak banyak memberi keuntungan dan dividen yang tinggi dan dia sendiri pasti tahu akan itu.
Kerana Ray seorang yang bijak tentang perancangan kewangan dan dia pasti telah bersedia menyediakan sesuatu sebelum meninggal dunia kerana strok.
Kredit : thechive.com
Dan ini yang paling menarik untuk saya menelitinya. Terdapat dua sijil saham Syarikat Walt Disney, yang satu mengandungi 20 saham dan satu lagi mengandungi 10 saham dengan tertera namanya di sijil saham itu. Difahamkan saham ini boleh jadi terbatal dengan sendirinya selepas kematian Ray.
Tetapi, ramai rakan memberitahu yang sijil saham itu masih sah dan menjadi lebih berharga kerana ia belum diserahkan untuk dibayar dengan wang. Didapati saham ini telah dibeli sebelum jumlah saham dipecahkan, jadi 30 saham itu boleh jadi telah bertukar nilai kepada 60 atau 90 saham.
Jadi, saya telah berjumpa dengan penasihat kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat. Mereka telah melakukan beberapa siasatan dan penyelidikan dan akhirnya mendapat jawapan yang sijil saham ini amat berharga dan nilainya telah naik berlipat kali ganda.
Hanya 30 saham ini sahaja yang ditinggalkan oleh Ray. Selebihnya yang tidak dikeluarkan dalam bentuk sijil selepas saham dipecahkan mungkin telah dilupus atau dijual apabila Ray telah meninggal dunia. Jadi saya dan datuk dalam proses untuk menukar nama pada sijil saham ini supaya ia menjadi sah semula. Akan ke bank bersama datuk!
Akhirnya, berbaloi juga usaha keras pemuda ini mengalih dan membuka peti besi yang berat itu. Rupa-rupanya terdapat pulangan yang lumayan di dalamnya.
Sijil saham Walt Disney itu pasti mendatangkan keuntungan yang lumayan kerana syarikat itu kini adalah salah satu syarikat produksi paling berjaya dan terkaya di dunia.
Kredit imej: thechive.com
Era Baru


