Kuasa 573 kuda vs kuasa dua kaki seorang polis Jepun. Ya, bunyinya agak mustahil untuk seorang polis yang berbasikal untuk mengejar sebuah Lamborghini namun nampaknya perkara tersebut tidak mustahil di Jepun.
Seorang pemilik sebuah Lamborghini Huracan nampaknya akur untuk berhenti apabila dikejar oleh seorang polis yang hanya menggunakan basikal.
Difahamkan, pemilik Lamborghini itu dikejar apabila dia dikesan membuat satu kesalahan ketika membelok.
Menerusi video yang dimuat naik, kereta terbabit dilihat berada di satu simpang. Kelihatan lampu isyarat hijau bagi mereka yang ingin menuju terus, tapi masih merah bagi mereka yang masih mahu membelok kiri. Bagaimanapun, Lamborghini itu dilihat membelok kiri sejurus selepas pejalan kaki selesai melintasi jalan.
Tidak pasti sama ada dia sengaja ataupun tidak perasan bahawa lampu belum hijau.
Seorang polis yang berbasikal menyaksikan kejadian terbabit dan dengan cepat mengejar kereta terbabit.
Tonton aksi-aksi mendebarkan kejadian itu dibawah:
Tahniah juga kepada polis Jepun kerana lebih mengutamakan undang-undang, biarpun sedar bahawa ‘jenteranya’ itu boleh ditinggalkan dengan sekali tekan sahaja oleh Lamborghini terbabit.
Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus.
SELEPAS 25 tahun model LM002 ditamatkan pengeluaran, Lamborghini kini kembali memeriahkan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dengan model baharu, dipanggil Urus. Walaupun kelibat sebenar SUV baharu itu belum menjelma di hadapan mata, tetapi sudah banyak fakta menarik berkeliaran di dunia maya.
Apabila Domenicali mengesahkan tentang enjin V8 turbo-kembar Urus, beliau juga secara tidak langsung mendedahkan idea tentang harga pasaran di Amerika Syarikat. Apabila Urus tiba kepada pengedar pada suku ketiga 2018, SUV itu sepatutnya akan dijual pada harga kurang daripada AS$200,000 (RM841,198). Tetapi ingat, sebagai sebuah kereta mewah, ada kemungkinan harga bakal melambung lebih tinggi.
Urus akan mendapat enjin Lamborghini yang tulen, tetapi SUV itu nampak hampir serupa dengan Audi Q7, Bentley Bentayga dan Porsche Cayenne. Perkongsian platform sesama rakan-rakan seteru itu adalah berbeza, dan Urus pastinya tidak akan menjadi sebuah lagi Q7 yang digemari.
Lamborghini mendakwa Urus akan mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 300kmj, dan juga bakal memecah rekod SUV di Nürburgring yang sekarang ini dipegang Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio dengan catatan 7:51.7. Di atas kertas, Lamborghini tidak berdepan banyak masalah untuk mengatasi SUV Alfa jika mengambil kira potensi kuasa hampir 150hp melebihi lawannya itu.
SANGAT PANTAS
Semestinya Urus akan jadi sangat pantas walaupun cuma kereta famili. Lihat saja kuasa kuda setinggi 650hp yang dihasilkan. Tetapi berapa pantas?


